Tuesday, 17 December 2013

This is for you




Menyaksikan orang yang pernah  menjadi insan istemewa untuk kita pergi begitu sahaja  perit bukan ? Masa kan berlalu pergi . Teruskan hidup , move on . Ramai cakap mcm tu tapi hakikatnya bukan mudah ..  XD 
I do miss her :) Aku tak pernah berhenti berharap. Just you and me . I never wanted to say goodbye . How much pain I ve been through ,only God knows . Setiap hari akan terkenangkan peristiwa tentang si Dia , Every single thing, no one understand me like you do . Aku doakan kau akan terus maju ke hadapan dan selalu bahagia . :) 

Im weak now . Sebab I can see that you can live without me and me is so dying :(  . Setiap insan pasti merasa perpisahan . Sayu gila hati terasa sekarang . Im writing this only for you . Harap baca :'( Ya Allah , kuatkan lah hatiku ini ,seperti semuanya tidak kena sekarang nih ... Sekarang 3.01 a.m. , cant sleep . I will always remember you . I hope you still have the same feeling. Goodnight people . :( 

Azean Irdawaty Kembali Ke Rahmatullah

Editor bersekutu Berita Harian, Hanizam Abdullah melalui akaun Twitter beliau memaklumkan yang aktress veteran Azean Irdawaty telah kembali ke rahmatullah.
Menurut sumber kami, Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.26 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita Harian sekitar pukul 8.00 malam tadi melaporkan yang aktress veteran ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk dan semakin tenat.
Azean Irdawaty menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.
Ketika cuba dihubungi Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim yang merupakan anak sulung seniwati ini ternyata redha dan menerima ketentuan ilahi di atas pemergian ibunda tercinta akibat penyakit tumor yang dihidapinya.
“Dia menghembuskan nafas pada jam 8.00 lebih tadi dan kami sekeluarga telah sepakat untuk membawa jenazah balik ke rumah di Bandar Utama,” ujarnya.
Mari kita semua sedekahkan al-Fatihah & semoga Azean Irdawaty ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Industri hiburan kehilangan seorang lagi permata seni.

Monday, 16 December 2013



Sebelum ini terdengar isu yang mengatakan pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam tidak berdisiplin dan tidak menghadiri persembahan bersama sama dengan kumpulannya Forteen dan bertemunya baru baru ini dia menjawab semua persoalan berkaitan.
“Sebenarnya tidak ada isu, malah sekiranya saya tidak dapat membuat persembahan bersama-sama dengan kumpulan Forteen saya akan memberitahu pihak penganjur terlebih dahulu. Pihak pengurusan saya sendiri sedia maklum mengenai jadual saya yang terikat dengan lakonan dan juga nyanyian. Mereka tidak ada masalah mengenai itu dan hormati kerja saya,” ujarnya.
Izzue Islam juga cukup sedih apabila diajukan soalan sekiranya suatu hari nanti dia terpaksa meninggalkan kumpulan Forteen kerana isu sebegitu.
“Apa yang ingin saya perkatakan adalah saya cukup sedih sekiranya saya terpaksa keluar dari kumpulan Forteen ini. Tetapi saya berharap perkara itu tidak berlaku dan saya akan terus bersama sama dengan kumpulan Forteen,” katanya.
Sementara itu, Izzue Islam telah memberitahu bahawa dia dan isterinya menggunakan produk Aura White dalam menjaga penampilan dan kesihatan mereka. Izzue Islam yang ditemui ketika majlis pelancaran Aura White & Aura Men telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru jenama tersebut iaitu Aura Men yang menampilkan dia dan bersama Hanez Suraya.
“Saya sebelum dilantik untuk menjadi duta kepada produk Aura Men ini, saya dan isteri memang mengamalkan pemakanan tambahan ini dan apabila diketahui oleh pemilik Aura White, Puan Ferina dia melamar saya untuk menjadi duta kepada produk terbaru khas untuk lelaki, Aura Men”
“Mula-mula sebelum saya mengamalkan Aura White, saya ada bertanyakan pada isteri adakah produk ini boleh diambil oleh kaum lelaki dan isteri saya kata boleh, saya hanya perlukan Aura Men sebagai makanan tambahan kerana ianya khas dibuat untuk lelaki,” katanya.

Sunday, 15 December 2013

Hamil Anak Kedua

Nampaknya bukan Rozita Che Wan seorang sahaja yang diselubungi (poor choice of word) rasa kebahagian semalam, adiknya Ayu Raudhah turut memaklumkan berita gembira yang mana beliau kini sedang hamil anak kedua.
Bercakap kepada Media Hiburan, Ayu Raudhah berkata yang kandungan kedua beliau ketika ini berusia empat bulan & ini merupakan anak kedua Ayu bersama suaminya Zaquan Adha setelah dikurniakan anak pertama mereka Muhammad Aisy Qaiser pada 29 Mac lalu.
Tahniah buat pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha yang bakal menyambut orang baru dalam keluarga. Semoga semakin bahagia hendaknya

Terkejut Terima Gambar Lucah

Selepas selesai sahaja sidang media yang diadakan bagi sebelah pihak Nooraida. Kami telah mendapatkan kenyataan dari Nooraida sendiri pula bagi mengetahui apakah kisah di sebalik apa yang telah berlaku kepada dirinya dan juga pelakon Adi Putra.

Katanya, dia sebagai seorang peminat pelakon lelaki itu, cukup teruja apabila menerima mesej menerusi aplikasi Whatsapp yang dihantar oleh Adi Putra ketika bulan ramadhan yang lepas.
Tetapi selepas itu, dia agak terkejut apabila pelakon tersebut dipercayai pula mengirim gambar lucah yang ketika itu sedang berada di Mekah kerana menjalani ibadah umrah.
“Saya mula mula agak teruja apabila menerima mesej melalui Whatsapp dari Adi Putra kerana saya sememangnya meminati dia dan saya tidak menyangka apabila dia secara tiba tiba pula menghantar gambar yang agak lucah dan sulit. Reaksi saya sangat terkejut dan saya terfikir biar betul dia ni?” katanya penuh berhati-hati.
Nooraida, memberitahu bahawa dia menghormati pelakon itu, dengan menjaga percakapan dan peribadinya juga. Dia juga tidak menafikan bahawa dia turut menghantar gambar gambar ‘selfie’ kepada Adi Putra tetapi bukanlah gambar yang tidak senonoh atau lucah seperti yang dipercayai dilakukan oleh pelakon itu.
“Ya, saya ada mengirim gambar saya juga yang lebih berbentuk ‘selfie’ dan tidaklah sampai kepada gambar yang tidak senonoh. Sepanjang perkenalan saya cukup menghormati dia dan saya sendiri cukup berjaya-jaga dengan percakapan dan tingkah laku saya ini,” ujarnya.
Ditanya juga adakah perkara ini mengaibkan dia dan suaminya, apabila mahu kembali membuka kes ini, jelasnya mereka tidak mengaibkan sesiapa kerana sebelum ini cubaan untuk berunding bersama-sama dengan Adi Putra secara damai dan tertutup tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti hari ini telah menemui kegagalan apabila pelakon tersebut tidak mahu memberikan kejasama dan berjumpa secara gentleman.
Dan ini diakui sendiri oleh suami Nooraida iaitu Hj. Amiruddin.
“Saya rasa perkara ini sudah ‘besar’ dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah”
“Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir,” katanya.
Sementara itu, Nooraida turut memberitahu bahawa dia akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang ‘biasa-biasa’ sahaja.
“Saya tetap akan menonton lakonannya tetapi hanyalah menonton secara biasa-biasa sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan

Saturday, 14 December 2013


Mengambil tempat di Setia City Convention Centre di Shah Alam, majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin memang tampak meriah & mewah selari dengan gelaran Wedding of the Year yang mereka terima dari para peminat & pemerhati dunia hiburan.

Majlis yang berlangsung malam tadi ini dihadiri oleh ahli keluarga, rakan artis, kenalan rapat dan para media untuk meraikan penyatuan dua hati yang selama ini memang menjadi perhatian ramai dan pasangan ini juga tahu bagaimana untuk meraikan tetamu.

Lihat sahaja menerusi gambar yang kami temui di sekitar internet betapa gahnya pentas tempat persandingan Rozita Che Wan & Zain Saidin selain persalinan pasangan ini yang nampak mewah hasil tangan pereka fesyen terkenal tanah air. Enjoice!






















Tuesday, 10 December 2013

Kerana pasangan ini mengehadkan penglibatan media seperti kami dalam perjalanan hari hari bahagia mereka, gambar awal yang boleh anda tatap mungkin tidak memuaskan hati namun raut wajah bahagia Rozita Che Wan & Zain Saidin masih boleh di’lihat.
Malam ini telah berlangsungnya majlis berinai buat pasangan Zain Saidin & Rozita Che Wan yang mengambil tempat di Ndah Mahligai, Shah Alam bermula sekitar 8.00 malam tadi. Itu sahaja maklumat yang kami ada setakat ini.
Kami kongsikan beberapa keping gambar di bawah di media sosial dan rata rata peminat keliru dengan persalinan yang dikenakan Zain Saidin & Rozita Che Wan kerana begitu gah seolah olah mereka sudah bernikah dan ketika ini sedang bersanding.
Sesuai rasanya persalinan mereka dengan status majlis perkahwinan bernilai RM13 juta bukan?






Monday, 9 December 2013

Teka teki di kalangan peminat terus menyelubungi hubungan Emma Maembong & Zizan Razak ketika pasangan ini terus nafikan yang mereka menjalinkan hubungan cinta.
Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Emma Maembong berkata beliau tidak mahu melabelkan hubungan bersama Zizan Razak sebagai pasangan kekasih kerana belum pasti pelawak itu merupakan jodoh yang tertulis untuk dirinya.

“Saya tak nak cakap dia kekasih saya & begitulah sebaliknya. Sebenarnya saya sendiri tak tahu adakah kekasih atau kami cuma kawan rapat — untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa yang sesuai”
“Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini,” jelas Emma Maembong.
Pelakon ini turut berkata yang gambar mereka bertukar minyak wangi di Instagram tidak perlu dijadikan satu isu kerana ianya perkara biasa jika seseorang menjadi kawan rapat seperti beliau & Zizan Razak ketika ini — dan ianya tidak lebih dari sekadar tanda ingatan

Putus Tunang?

Baru sahaja rasanya gambar mesra Cristina Suzanne bersama lelaki yang didakwa tunang beliau tersebar di internet, ada pula satu cerita timbul mengatakan pemenang Pelakon Filem Wanita Terbaik (ASK 2013) ini sudah kembali solo — putus tunang senang cerita.
Wartawan Melodi, Zuan Azmi mengajukan soalan berkenaan khabar angin itu kepada Cristina Suzanne di Anugerah Skrin 2013 yang lalu dan pelakon ini tidak menafikan perkara itu tetapi tidak pula mengiyakan sebaliknya mahu terus bercakap tentang kemenangannya.
“Itu Cris tak boleh cakap apa apa — kita menang (anugerah) ni, kita cerita tentang kerja — kalau ada jodoh kahwin — itu tak boleh cakap, rahsia,” ujar Cristian Suzanne yang seakan berdolak dalik apabila diajukan soalan berkali kali.
tasha-shila-bercumbu
Belum mengaku bercinta tetapi sudah timbul gossip mengatakan pasangan ini tidak segan silu bercumbu di khalayak ramai. Tasha Shilla & teman tapi mesranya buat masa ini, Hans dikatakan melakukan perilaku kurang manis itu di sebuah kafe hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, Tasha Shilla menafikan sekeras kerasnya yang beliau melakukan perkara tidak elok itu kerana ia tidak masuk akal untuk melakukannya di khalayak ramai lebih lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi.
“Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Tetapi saya bersama dengan rakan artis lain seperti Sharifah Shakinah. Saya datang sebab dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah radio baharu”
“Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar & akan memalukan diri saya dan keluarga,” jelas Tasha Shilla.
Dalam temubual yang sama, Tasha Shilla sekali lagi menegaskan yang hubungan beliau bersama jejaka bernama Hans itu hanya sekadar kawan.

Thursday, 5 December 2013


Rabecca Nur Al-Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Erma Fatimayang menghantar wang tuntutan saman berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen & turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya.
“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.




 Selepas selamat bergelar suami isteri pada 10 November yang lalu, pasangan Fizo Omar dan Mawar ada memaklumkan kepada media yang mereka akan terbang ke Eropah untuk percutian bulan madu mereka dan nampaknya ketika ini mereka sedang berada di sana.
Fizo Omar melalui akaun Instagram beliau ada berkongsikan beberapa keping gambar sekitar destinasi pertama mereka di Dubai, UAE untuk tatapan para peminat sebelum pasangan ini terbang ke kota London untuk percutian Eropah mereka.
Bercakap tentang gambar di Instagram, Fizo Omar baru baru ini menegur sebilangan individu yang datang dan menulis komen negatif terhadap gambar yang dikirimkan melalui laman sosial itu — walaupun ianya hanya gambar dikalangan keluarga.
“Saya sebenarnya boleh terima teguran dari anda semua sebab saya pun manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan tapi, kalau nak menegur bukan memalukan sesiapa di laman sosial yang boleh dilihat berjuta orang,” luah Fizo Omar.
Pedulikan sahaja mereka, lebih ramai lagi yang gembira melihat kehidupan Fizo Omar lebih lebih apabila sudah bahagia berumahtangga ketika ini.
































Kini Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi?

Pelakon & pelawak Sharifah Sakinah yang telah ditemui bersempena dengan tayangan perdana filem Ular di Cathay Cineplex, Damansara kelihatan ditemani oleh seseorang jejaka mat saleh yang kelihatan segak sekali.
Sakinah memberitahu bahawa lelaki itu bukan kekasih atau pun cinta hati baru tetapi merupakan jurulatih peribadinya di gimnasium dan katanya lagi disebabkan lelaki itulah dia kini telah hilang berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 6 bulan.
“Lelaki itu merupakan jurulatih peribadi saya di pusat gimnasium dan sebab dialah saya telah kehilangan berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 6 bulan. Lelaki mat saleh itu juga sebelum ini merupakan jurulatih kak Lin (Sharifah Haslinda)”
“Dia menjaga makanan saya, semualah dan dia menemani saya di sini kerana dia ingin melihat industri hiburan tanah air, dan dia juga menyatakan hasratnya ingin menjadi seorang pelakon”
Sakinah memberitahu bahawa dia kini masih solo dan tidak mempunyai mana-mana kekasih lagi dan lebih suka untuk bekerja dahulu kerana usianya juga masih muda dan banyak benda yang perlu dipelajari sebelum ke alam perkahwinan.
“Saya masih single belum ada kekasih. Lagipun saya masih muda banyak benda yang perlu saya belajar sebelum berkahwin dan banyak lagi cabaran yang perlu saya hadapi sebelum ke alam perkahwinan,” katanya.
Bagi peminat Sharifah Sakinah, yang ingin melihat bagaimana ‘Ular’ membelitnya anda bolehlah melihat lakonannya menerusi filem itu yang bakal ditayangkan pada 5 Disember ini diseluruh pawagam tanah air. 
Melalui akhbar Harian Metro semalam, Shila Amzah tampil menulis penjelasan secara penuh dari dirinya sendiri tentang isu yang melanda dirinya dan Johan As’ari dengan menyatakan yang beliau tidak pernah menyintai pelakon itu.
“Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ & persahabatan kami diketahui keluarga kedua dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza”

Shila Amzah turut menjawab persoalan dari ramai peminat tentang ke mana hilangnya gambar Johan As’ari di akaun Instagram beliau jika selama ini mereka hanya sekadar berkawan dan tiada sebarang perasaan istimewa.
“Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya (Johan As’ari) daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letakkan gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang”
“Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat loudspeaker ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar”
Dalam tulisan yang sama, beliau meminta semua media mahu pun para peminat supaya tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Johan As’ari mahu pun Lana Nordin kerana mahu semua pihak lebih fokus kepada perkembangan kerjayanya.
Menggunakan alasan hanya menerima gaji sebanyak RM10,000 sebulan sebagai pemain bola sepak, Aidil Zafuan mendakwa yang tuntutan nafkah dua orang anak bersama yang di’tuntut Rita Rudaini sebagai tidak munasabah & berlebihan.
Aidil Zafuan yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berkata jumlah diminta Rita Rudaini melampaui perbelanjaan asas sebenar kedua dua anaknya — Airit Rayyan Rizqin & Airit Qaqa Arjuna.
Beliau juga menolak wujudnya kos susu dan lampin pakai buang kerana anak anaknya sudah makan makanan pejal dan sudah pandai ke tandas sendiri terutama anak pertama.
“Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah,” kata Aidil Zafuan.
Selebriti sukan ini turut menambah yang walaupun beliau mempunyai tanggungan ibu bapa, hutang peribadi dan keperluan sendiri namun beliau tidak pernah abaikan nafkah anak dengan memperuntukan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.
Namun menurut Aidil Zafuan, sebelum ini tidak pula Rita Rudaini mengadu atau memberi respons mengatakan wang yang di’berikan tidak mencukupi.

Monday, 2 December 2013



Minggu lalu, gambar Tasha Shilla bersama seorang jejaka bernama Hans yang bergelar peninju muay thai tersebar di internet dan menimbulkan tanda tanya apakah status hubungan mereka ketika ini — adakah ada cinta yang berputik.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Tasha Shilla mengakui yang beliau kini sedang berkawan rapat dengan jejaka yang di’maksudkan selepas berkenalan menerusi kawan kawan sekitar tiga bulan yang lalu dalam sebuah majlis.



“Boleh dikatakan kami masih lagi dalam peringkat berkawan dan dalam proses saling mengenali antara satu sama lain tetapi saya ingin tegaskan yang kami tidaklah bercinta seperti yang digembar-gemburkan,” ujar Tasha Shilla.





“Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak),” katanya yang mendambakan seorang lelaki yang romantik dan penyayang. (rtky/m)

Friday, 29 November 2013


JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak bercadang untuk merobohkan Villa Nabila atau Christine Palace yang terletak di Jalan Skudai, di sini, setakat ini.

Datuk Bandar MBJB, Ismail Karim berkata, pihaknya boleh merobohkan banglo tinggal terbabit sekiranya bangunan itu mendatangkan bahaya atau mudarat kepada orang ramai.

“Bangunan berkenaan kosong, tetapi ia tidak mendatang bahaya kepada orang ramai.

“Tambahan pula, pemilik bangunan tidak pernah culas membayar cukai kepada kami. Jadi ia tidak akan dirobohkan setakat ini,” katanya.

Ismail berkata, status bangunan dinamakan ke atas pemilik warganegara Singapura dan nama sebuah syarikat.

Mengulas lanjut mengenai tindakan MBJB, beliau memberitahu pihaknya sudah memagar lokasi terbabit daripada tidak terus dikunjungi orang ramai. – Sinar Harian Online

Apa pendapat korang tentang villa nabila ni ?

Bukan Satu Karma Buat Shila Amzah



Nampak menarik jalan ceritanya apabila setiap kali kontroversi melibatkan Shila Amzah, bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad pasti akan tertarik sama walaupun hubungan mereka telah putus di pertengahan jalan lama dahulu.

Isu percintaan Johan As’ari dan Lana Nordin yang menjadi bualan para peminat dunia hiburan sepanjang hari semalam juga terpalit ke Sharnaaz Ahmad dan ada sesetengah pihak menyifatkan apa yang terjadi merupakan satu balasan atau karma buat Shila Amzah.


“Kalau nak kata karma … saya pernah muat naik ayat di Instagram saya dulu — karma takes too long, I’d rather just beat the crap out of you now”

“Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi semalam”

“Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh terima kebenaran itu? Hari ni mungkin hari dia (Shila)”, ujarnya dengan nada sinis.


Sharnaaz Ahmad bagaimana pun berharap yang Shila Amzah mampu untuk menerima berita ini dengan tenang dan percaya kepada jodoh selain menyifatkan yang hubungan beliau dan Johan As’ari tidak mempunyai masalah seperti yang orang ramai sangka

Belum Tentu Jodoh Saya – Johan As’ari


johan-asari-dan-lana-nordin

Nampaknya kisah percintaan Johan As’ari dan Lana Nordin menjadi semakin hangat.. Apatah lagi kisah mereka baru 3 hari berjumpa sudah ajak berkahwin, walaupun nampak seperti gelojoh tapi itulah namanya jodoh..
Ekoran kisah cinta mereka yang menjadi kontroversi ini, Ramai pihak media cuba menghubungi Johan untuk mendapatkan penjelasan, Tetapi gagal dihubungi kerana dia kini dikatakan sedang sibuk dengan Anugerah skrin yang bakal berlangsung malam ni.. Namun dalam kesibukan itu, Johan sempat membalas pesanan Whatapp yang dikirimkan kepada Media Hiburan..
Menurut Johan As’ari, Lana Nordin belum tentu jodoh untuknya selagi mereka belum bernikah dan buat masa ini mereka berdua dikatakan sedang menunggu lampu hijau daripada keluarga untuk mengikat tali pertunangan..
“Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, Lana belum tentu jodoh saya, jodoh penentu segala.
“Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”
Apa yang menariknya, malam tadi Lana Nordin telah memuatnaik gambar Johan As’ari bersama keluarga Lana Nordin yang sedang menikmati pizza… sedap kan.. Adakah lampu hijau telah diberikan oleh keluarga Lana Nordin? Macam mana pula dengan keluarga Johan As’ari? sama-sama la kita tunggu..