Baru-baru ini timbul satu khabar angin yang mengatakan Abby Abadi menengking suaminya didepan orang ramai.. Cerita bermula apabila kereta yang dinaiki Abby dan suami rosak ditepi jalan semasa pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini…
Abby Abadi yang dikatakan tertekan telah bersikap kurang ajar dengan memaki hamun suaminya di depan orang ramai… “you buat apa kat luar? Masuk dalam kereta!” Sergah Abby kepada suami barunya itu..
Namun Abby Abadi yang ditanya mengenai khabar angin tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.. Abby menganggap ianya adalah fitnah yang cuba memburukkan dan menjatuhkan kredibilitinya..
“Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. “Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya.
Tambah Abby lagi, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.
“Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja,”
Abby Abadi Tidak Tengking Suami Depan Orang Ramai