Amar Alfian yang hadir ke Pertandingan Akhir Hero Remaja bersama kekasihnya, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini dikejutkan dengan cerita yang kurang enak kita dengar.. Pelbagai spekulasi yang dikeluarkan apabila Amar dilihat mempunyai kesan ciuman di pipinya.. Namun Pihak Media Hiburan telah berjaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Puteri Sarah sendiri mengenai isu ini..
“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya mencium pipi Amar ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya menciumnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.
“Masa saya cium Amar di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.
“Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.”
Jadi jelas la disini yang mereka berdua tidak melakukan sedemikian rupa sebelum hadir ke majlis tu.. Apa-apa pun MyGosip nasihatkan kepada pasangan bercinta diluar sana agar tidak meniru aksi cium ini.. Apatah lagi di khalayak ramai.
Mengaku Cium Amar Hingga Meninggalkan Kesan