Saturday, 23 November 2013

Imej baru Linda berwajah Mat Salleh



Ketika majlis pertunjukan fesyen sulung jenama sut terkenal tempatan, Lord’s Tailor baru-baru ini, tetamu telah dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita berambut perang bersama gaun malam serba hitam.
Dari kejauhan, ramai menyangka bahawa susuk tubuh itu adalah wanita Eropah yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan.
Bagaimanapun apabila diperhatikan semula, wanita berkenaan adalah guru tari terkenal tanah air iaitu Linda Jasmine yang juga isteri kepada aktor popular Que Haidar.
Tampil dengan imej baru yang lebih berani dan menarik perhatian ramai, Linda Jasmine ketika didekati berkata,  sudah lama dia mengidamkan untuk memiliki warna rambut sebegitu dan rasanya kini adalah waktu yang paling tepat.
“Saja sekadar untuk menukar angin. Lagipun sudah lama saya berambut hitam jadi apa salahnya memcuba sesuatu yang baru.
“Pada awalnya, memang agak kekok sebab sudah terbiasa dengan rambut hitam. Malah bila ada rambut perang ini, masalah utama saya ialah untuk memiliki pakaian yang sesuai untuk disepadankan dengan imej rambut terbaru saya ini,” katanya kepada portal murai.com.my.
Linda Jasmine berkata, selain berhadapan dengan masalah mencari pakaian yang sesuai, ramai peminat yang menyangka bahawa dia bukanLinda Jasmine sebaliknya Minah Salleh yang memiliki wajah mirip wajahnya.
“Memang kelakar. Ada kalanya bila saya keluar membeli barangkeperluan rumah di pasar raya, ada yang berbisik dan mengatakan wajah wanita Eropah itu mirip wajah saya.
“Tapi apabila saya membuka mulut dan bercakap bahasa Melayu dengan mereka, baru mereka sedar yang itu adalah saya. Tapi masih ramai yang menyangka itu bukan saya,” katanya diiringi ketawa kecil ketika menceritakan pengalamannya itu.
Sementara itu Que Haidar ketika ditanya tentang imej rambut terbaru isterinya itu ternyata bersikap terbuka. Bagaimanapun dia turut mengambil masa untuk membiasakan diri dengan penampilan terkini isterinya itu.
Jika ketika menghadiri pertunjukan fesyen Lord’s Tailor,Linda telah memilih untuk melepaskan rambut perangnya itu, tetapi ketika menghadiri Islamic Fesyen Festival (IFF) untuk menyaksikan koleksi mulimah terkini Calvin Thoo, dia telah memilih untuk mengikat sanggul.

0 comments:

Post a Comment