Abby Abadi yang lantang bersuara sebelum ini dilabelkan sebagai ‘Ustazah Jadian’ oleh Zed Zaidi dan apa yang merisaukan adalah bila ‘Ustazah Jadian’ ini berbicara di khuatiri ianya mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.. Sehubungan dengan itu Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati mana-mana artis yang kini menjadi penceramah Pas bermuhasabah diri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sewenang-wenangnya..
“Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.
“Jadi, bila seseorang ‘Ustazah Jadian’ ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya,” katanya melalui akhbar Utusan semalam..
Kenyataan diatas adalah respon daripada Zed Zaidi mengenai dakwaan Abby Abadi Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, yang mengatakan artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah.
Abby juga menyifatkan artis-artis yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik.
Abby Abadi ‘Ustazah Jadian’ Mampu Pesongkan Akidah – Zed Zaidi