Jika sebelum ini Shila Amzah dikatakan enggan mengulas mengenai kontroversi percintaannya yang lalu, Nampaknya Sharnaaz Ahmad juga mengambil pendekatan yang sama.. Sharnaaz Ahmad dikatakan enggan bercakap mengenai hal itu malah tidak mahu mendengar namanya atau apa sahaja mengenai hubungannya yang lalu..
Sharnaaz Ahmad juga kesal dan sudah serik untuk bercakap mengenai hal itu kerana kenyataannya sebelum ini sering dimanipulasikan oleh pihak lain dan akhirnya dia dipersalahkan..
“Kalau boleh, saya tidak mahu bercakap pasal hal ini lagi. Saya tak mahu dengar nama dia (Shila) atau apa-apa pasal hubungan lalu. Saya hanya akan jawab pertanyaan mengenai soal kerja sahaja.”
“Saya sudah serik untuk bercakap kerana kenyataan saya sering dimanipulasikan pihak lain. Jadi, kesudahannya, saya juga yang dipersalahkan. Lebih baik saya diam dan fokus pada kerja sahaja.” Jawab Sharnaaz apabila ditanya bagaimana kehidupannya setelah cinta bersama Shila Amzah kecundang di tengah jalan.
Sharnaaz Ahmad juga ditanya adakah dia sudah serik untuk bercinta lagi setelah apa yang sudah berlaku sebelum ini..
“Saya belum bersedia untuk ke arah itu. Buat masa ini, saya hanya mahu fokus dalam kerjaya. Lagipun, kerjaya adalah keutamaan saya. Kriteria untuk memilih wanita pun saya tak tahu nak yang macam mana. Biarlah dulu.”
Saya Tak Mahu Dengar Nama Dia – Sharnaaz Ahmad