Shila Amzah yang ditemubual semasa sidang media dirumahnya jumaat yang lalu dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad.. Sebaliknya, Shila Amzah lebih selesa ditanya mengenai kerjayanya yang bakal mengorak langkah ke peringkat antarabangsa…
Shila Amzah yang ditanya adakah dia sudah bersedia membuka pintu hatinya untuk lelaki lain bagaimanapun menyerahkan segalanya pada ketentuan dan takdir yang ditentukan oleh ALLAH SWT.
“Buat masa sekarang dia tidak memikirkan mengenai soal jodoh kerana bagi saya semua itu terletak pada takdir yang ditentukan oleh ALLAH SWT.
“Jika saya kata saya mahukan lelaki A, mungkin ALLAH SWT telah tentukan lelaki B untuk saya. Jadi saya hanya berserah sahaja, bila kita bercinta, cinta itu jangan melebihi cinta pada ALLAH SWT,” ujarnya.
Shila Amzah juga ditanya mengenai tindakannya merakam dan memuat naik video sedih ombak rindu di youtube sebelum ini.. Jelas Shila, Video itu bukan ditujukan pada Sharnaaz Ahmad sebaliknya ditujukan khas buat ibu-bapanya..
“Tentang video itu, sebetulnya saya muat naik khas untuk ibu bapa saya. Saya tidak ambil pusing apa yang orang lain kata tentang saya. Tapi saya minta maaf kalau ada pihak kurang senang dengan tindakan saya itu,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Shila Amzah dikatakan akan ke terbang ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Umrah pada 6 atau 7 Mac ini.. Sekembalinya Shila daripada menunaikan Umrah, Shila bakal sibuk dengan aktiviti seni yang telah diatur oleh syarikat pengurusannya yang terbaru, Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB) yang diterajui oleh Nd Lala..
“Memang dah lama saya nak tunai umrah bersama keluarga, tapi kami selalu kata tunggu ada masa terluang saya.
“Tapi pada Disember lalu, kami rasa tak boleh lagi tunggu ada masa, sebaliknya kami kena cari masa dan akhirnya kami ambil keputusan untuk pergi bulan ini dan saya sudah kosongkan jadual sejak Disember lagi.
“Apa doa saya, biarlah rahsia, tapi saya ingin berdoa di depan Kaabah nanti,” katanya.
Cinta Itu Jangan Melebihi Cinta Pada Allah – Shila Amzah