Thursday, 5 December 2013

Melalui akhbar Harian Metro semalam, Shila Amzah tampil menulis penjelasan secara penuh dari dirinya sendiri tentang isu yang melanda dirinya dan Johan As’ari dengan menyatakan yang beliau tidak pernah menyintai pelakon itu.
“Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ & persahabatan kami diketahui keluarga kedua dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza”

Shila Amzah turut menjawab persoalan dari ramai peminat tentang ke mana hilangnya gambar Johan As’ari di akaun Instagram beliau jika selama ini mereka hanya sekadar berkawan dan tiada sebarang perasaan istimewa.
“Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya (Johan As’ari) daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letakkan gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang”
“Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat loudspeaker ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar”
Dalam tulisan yang sama, beliau meminta semua media mahu pun para peminat supaya tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Johan As’ari mahu pun Lana Nordin kerana mahu semua pihak lebih fokus kepada perkembangan kerjayanya.

0 comments:

Post a Comment