Nampaknya kisah percintaan Johan As’ari dan Lana Nordin menjadi semakin hangat.. Apatah lagi kisah mereka baru 3 hari berjumpa sudah ajak berkahwin, walaupun nampak seperti gelojoh tapi itulah namanya jodoh..
Ekoran kisah cinta mereka yang menjadi kontroversi ini, Ramai pihak media cuba menghubungi Johan untuk mendapatkan penjelasan, Tetapi gagal dihubungi kerana dia kini dikatakan sedang sibuk dengan Anugerah skrin yang bakal berlangsung malam ni.. Namun dalam kesibukan itu, Johan sempat membalas pesanan Whatapp yang dikirimkan kepada Media Hiburan..
Menurut Johan As’ari, Lana Nordin belum tentu jodoh untuknya selagi mereka belum bernikah dan buat masa ini mereka berdua dikatakan sedang menunggu lampu hijau daripada keluarga untuk mengikat tali pertunangan..
“Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, Lana belum tentu jodoh saya, jodoh penentu segala.“Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”
Apa yang menariknya, malam tadi Lana Nordin telah memuatnaik gambar Johan As’ari bersama keluarga Lana Nordin yang sedang menikmati pizza… sedap kan.. Adakah lampu hijau telah diberikan oleh keluarga Lana Nordin? Macam mana pula dengan keluarga Johan As’ari? sama-sama la kita tunggu..
Belum Tentu Jodoh Saya – Johan As’ari