Editor bersekutu Berita Harian, Hanizam Abdullah melalui akaun Twitter beliau memaklumkan yang aktress veteran Azean Irdawaty telah kembali ke rahmatullah.
Menurut sumber kami, Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.26 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita Harian sekitar pukul 8.00 malam tadi melaporkan yang aktress veteran ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk dan semakin tenat.
Azean Irdawaty menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.
Ketika cuba dihubungi Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim yang merupakan anak sulung seniwati ini ternyata redha dan menerima ketentuan ilahi di atas pemergian ibunda tercinta akibat penyakit tumor yang dihidapinya.
“Dia menghembuskan nafas pada jam 8.00 lebih tadi dan kami sekeluarga telah sepakat untuk membawa jenazah balik ke rumah di Bandar Utama,” ujarnya.
Mari kita semua sedekahkan al-Fatihah & semoga Azean Irdawaty ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Industri hiburan kehilangan seorang lagi permata seni.
Azean Irdawaty Kembali Ke Rahmatullah