Tuesday 19 November 2013

Siti Nurhaliza wakil malaysia ke Jepun



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akan membuat persembahan mewakili negara ke Jepun untuk Festival Muzik Asian - Jepun.

Menurut Siti, dia berasa terharu kerana telah dijemput oleh Kedutaan Jepun untuk membuat persembahan di Tokyo pada 28 November ini.

"Bagi Siti, ia satu penghargaan untuk mewakili negara membuat persembahan bersama dengan artis di rantau Asia yang lain," katanya pada sidang akhbar di Kedutaan Jepun di sini semalam.

Konsert itu yang juga diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-40 jalinan kerjasama Asean - Jepun turut akan dihadiri oleh artis ternama daripada negara Asia yang lain.

Antaranya ialah Agnes Monica (Indonesia), Olivia Ong (Singapura), Bird Thongchai Mclntyre (Thailand), Annita (Laos) dan banyak lagi.

0 comments:

Post a Comment