Tuesday 19 November 2013

Zizan dan kaka bercinta?



Sehingga ke hari ini, ramai yang tertanya-tanya gadis manakah yang berjaya mencuri hati Zizan.. Banyak nama yang bermain di kepala admin. Antaranya ialah Emma Maembong, Juliana Evans dan Kaka. Ketiga-tiga gadis ini memang cantik, menarik dan mampu mencairkan hati mana-mana lelaki. Namun daripada apa yang admin perhatikan, Zizan paling mesra dengan Kaka.




Zizan dan Kaka bagi admin mempunyai “chemistry” yang sangat hebat. Lagu duet nyanyian mereka berdua iaitu “Bawa Aku Pergi” memang meletup habis tahun lepas. Muka pun ada iras, perangai pun nampak sekepala. Agak-agaknya adakah mereka berdua sebenarnya dalam diam bercinta?



Malah dalam gambar-gambar photoshoot yang pernah diambil oleh mereka sebelum ini pun memang jelas terserlah kemesraannya. Kalau tak silap admin, tak pernah nampak Zizan bergambar sebegini rapat dengan mana-mana perempuan lain. Mungkinkah Kaka mempunyai satu tempat yang istimewa di hati Zizan? Nampak macam iya lebih-lebih lagi apabila Zizan dan Kaka pergi ke Eropah bersama-sama baru-baru ini.
Kalau dah ke Eropah bersama-sama, mesti ada “something” yang sedang bercambah di hati Zizan dan Kaka. Namun korang jangan salah sangka. Mereka bukan pergi bercuti di sana. Tujuan utama ialah untuk merakamkan video klip Bawaku Pergi versi Eropah.. Admin dah tengok videonya. Memang sangat cool. Tak caya? Tengok sendiri di bawah:-







Kalau dah ke Eropah, salah satu tempat wajib sudah tentu ialah Kota London. Di tengah-tengah kesejukan tue, dapat pula makan Mamee Chef yang panas dan pedas untuk menyamankan badan. Untuk makluman korang, Zizan ialah duta produk Mamee Chef. Melihat video mereka berdua di London memang membuatkan diri ini jeles dan terasa ingin terus beli tiket kapal terbang hari ini jugak!!!



Jangan lupa LIKE Facebook Mamee Chef untuk mengikuti perkembangan terkini jelajah Zizan dan Kaka ke Eropah. Manalah tau Zizan akan membuat pengakuan cintanya di dalam salah satu video. Hehehe. Sama-samalah kita nantikan. By the way, versi Bawaku Pergi yang mana satu pilihan anda? Original atau Eropah?

0 comments:

Post a Comment