Pelakon dan pengarah, Farid Kamil berkata majlis yang dirancang untuk memperkenalkan anaknya adalah majlis akikah dan khatam al-Quran dan bukannya amalan cukur jambul.
Katanya, bagi tujuan tersebut isterinya, Diana Danielle, yang juga seorang pelakon popular kini sedang mempelajari al-Quran bagi memastikan segalanya berjalan dengan sempurna.
"Disebabkan proses pembelajaran ini memakan sedikit masa, jadi majlis tersebut mungkin tidak diadakan dalam waktu terdekat ini.
"Apapun saya tidak mahu memaksanya kerana niatnya untuk belajar dan seterusnya mengkhatamkan Al-Quran sudah cukup buat diri saya," jelasnya.
Farid berkata demikian sewaktu ditemui ketika majlis tontonan episod akhir drama Jodoh Itu Milik Kita di sini malam semalam.
Drama yang turut menampilkan Tiz Zaqyah tersebut merupakan satu kejayaan besar apabila jumlah tontonannya menyamai jumlah drama Adam & Hawa
Farid Kamil perkenal anak pada majlis akikah