Wednesday, 27 November 2013

Mahu Dua Anak

zain-saidin-dan-rozia-che-wan-mahu-dua-anak
Walaupun usia Rozita Che Wan sudah memasuki 40-an, Ianya tidak menghalang Rozita Che Wan untuk mengimpikan 2 orang anak hasil perkahwinanya tidak lama lagi dengan Zain Saidin…
Menurut Rozita Che Wan, Jika diizinkan olehnya, dia ingginkan 2 orang anak, dan lebih bagus jika sepasang, lelaki dan perempuan untuk perkahwinan kali keduanya itu..
“Saya mahukan anak untuk perkahwinan saya dan Zain. Jika dimurahkan rezeki paling ramai saya mahu 2 orang anak dan lebih indah jika saya dikuniakan sepasang.”
“Namun semuanya berserah kepada Allah, kalau dapat seorang anak pun cukup bersyukur,” katanya.
Ditanya bagaimana penerimaan anak-anaknya, Rozita Che Wan memberitahu mereka ada mengaku yang takut kasih sayang ibunya nanti berbelah bahagi.
“Sebenarnya anak-anak sudah lama kenal Zain dan mereka pun sudah mula rapat. Cuma akhir-akhir ini mereka ada beritahu takut kasih sayang saya berbelah bahagi bila saya berkahwin dengan Zain nanti.
“Tapi, saya janji kasih sayang saya kepada mereka tidak berubah. Cuma kehidupan saya sahaja yang akan berubah apabila kembali menguruskan suami nanti,” jelasnya

0 comments:

Post a Comment