Tahniah buat Nabil Zamanhuri kerana pada 23 November yang lalu, beliau telah selamat bertunang dengan kekasihnya yang berasal dari Surabaya, Indonesia, Adelia Citra Hapsari di Restoran Bora Ombak, Ampang.
Perkenalan yang bermula sebagai teman biasa di Universiti Multimedia, Cyberjaya akhirnya bertukar menjadi kekasih dan setelah tiga tahun menyulam cinta, mereka berdua akhirnya mengikat tali pertunangan bagi membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.
“Soal jodoh memang tak boleh dijangka. Umpama rezeki, kita tak tahu apa yang berlaku pada masa depan.”“Rugilah kalau saya lepaskan peluang bila berjumpa dengan orang yang betul-betul memahami saya. Sanggup susah senang bersama,”
Tambah Nabil Zamanhuri lagi, mereka tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama.. Walaupun masih belum menetapkan tarikh, tapi mereka sudah merancang untuk melangsungkan perkahwinan sekitar awal tahun hadapan..
Nabil Zamanhuri Bertunang Dengan Gadis Indonesia