Wednesday, 27 November 2013

almy-nadia
Gara-gara Almy Nadia meluahkan perasaanya di moments wechat, ramai yang beranggapan status tersebut ditujukan kepada kekasihnya, Fizz Fairuz.. Status yang penuh emosi itu dikatakan luahan Almy Nadia yang sedang bersedih lantaran tiada perkembangan langsung mengenai hubungan cinta mereka..
Namun Almy Nadia mendakwa hak privasinya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkanya.. Dalam pada masa yang sama, Almy Nadia turut menegaskan yang status tersebut tidak ada kena mengena dengan sesiapa…
“Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya.
“Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya ‘terima’ untuk berkawan,”
“Saya tahu ramai lagi yang masih menghentam Fizz. Mungkin kerana pengalaman lalunya itu. Tapi, itu tidak bermakna dia sentiasa melakukan perkara yang buruk.”
“Tapi, apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing.”
Dalam pada itu, Almy Nadia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya bersama Fizz Fairuz..
almy nadia status wechat

0 comments:

Post a Comment