Drama tidak puas hati pihak terhadap proses perlantikan Zed Zaidi sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia berakhir apabila Mahkamah Tinggi telah yang memutuskan mesyuarat agung diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.
Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan satu mesyuarat agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).
Mahkamah turut mengarah tujuh dari lapan defendan membayar kos perbicaraan sebanyak RM 60,000 dibayar kepada Seniman dan membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif iaitu Abu Bakar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah).
Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan kedua hingga empat. Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan
Zed Zaidi Hilang Jawatan Presiden Seniman