Thursday, 21 November 2013



Shila Amzah yang dilanda kontroversi sebelum ini seakan-akan sudah mendapat nafas baru dalam hidupnya.. Semalam ketika Shila Amzah ditemui media, beliau tampak teruja menjawab segala pertanyaan yang diajukan.. Kongsi Shila Amzah, dia bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan dirinya selain menganggap semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Tambah Shila Amzah lagi, Buat masa ini dia juga tidak akan membenarkan mana-mana lelaki merisik dirinya dan akan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi..

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” (Berita Harian)

Dalam satu laporan lain, Shila Amzah yang ditanya menegenai hubungan percintaannya dengan Sharnaaz Ahmad yang putus ditengah jalan bagaimanapun reda dengan dugaan itu..


“Saya reda dengan apa yang telah berlaku dan amat bersyukur selepas didugaNya.

“Ganjaran yang diterima daripada peristiwa yang berlaku cukup bermakna,”

0 comments:

Post a Comment