Saturday 16 November 2013


Menerusi informasi terkini di laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan secara online (atas talian) untuk kemasukan murid ke tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah berasrama penuh, KPM bagi Sesi 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.


Permohonan Ke Asrama Penuh Sesi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sesi 2014


Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan

Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2013 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan.
Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 hanya boleh memohon SBP sahaja.
Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.
Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.


Aplikasi Permohonan SBP & Sekolah Kawalan


[akan dikemaskini apabila link permohonan SBP tersedia]


Manual Permohonan SBP & Sekolah Kawalan


Tarikh Tutup

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan bagi sesi 2014 akan ditutup pada 15 Oktober 2013.


Maklumat



Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau


Telefon: 03 8321 7400 atau
Faks: 03 8321 7403/ 7402.

Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emelkpkpm@moe.gov.my.


Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya di url http://www.sekolahmalaysia.com ataupun http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia.

0 comments:

Post a Comment