Thursday 21 November 2013

Penanggal 28 November 2013









Penanggal. Selaku orang Melayu, kisah seram mengenai penanggal sering kali admin dengar. Lebih-lebih lagi ketika pulang ke kampung. Memang seram terbayangkan hantu penanggal ni berpisah kepala dengan badan dan terbang mencari mangsa dengan usus yang terlekat di kepala. Mangsa yang dicari tak lain tak bukan wanita yang sedang melahirkan anak.

Mengikut imaginasi aku, rupabentuk penanggal lebih kurang macam gambar di atas. Seram kan? Jadi baru-baru ini apabila mendapat jemputan untuk menonton filem Penanggal arahan Ellie Suriaty, cuak jugak diri ni untuk menerimanya. Bukan apa, takut balik lepas tengok wayang ada terperasan benda-benda terbang akibat ketakutan yang melanda.Setelah berfikir panjang, aku gagahkan diri jua untuk melangkah ke The Curve untuk menonton filem Penanggal terbitan Grand Brilliance dan Astro Shaw ini. Rugi rasanya jika melepaskan peluang untuk melihat lakonan hebat Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Azri Iskandar, Zul Ariffin dan Datuk Sharifah Aini. Lagipun aku memang “die hard fans” Ummi Nazeera sejak melihat lakonannya dalam drama Nur Kasih dulu.Nampak cantik kan Ummi Nazeera di atas? Hayatilah kecantikannya kerana dalam filem Penanggal, memang wajah Ummi sangat lain. Bayangkan Ummi yang comel ini tiba-tiba bertukar menjadi garang, bengis, berdarah, menyeramkan dan seriau mata memandang apabila bertukar menjadi Penanggal. Hampir mengalir air mata aku namun itulah kehebatan teknik solekan yang digunakan dalam filem sera m ini. Memang boleh dipuji.

0 comments:

Post a Comment